Mencari Cinta dlm kedamaian & ketenangan Diri

Dalam keheningan waktu malam, ku masih cuba menggapai cinta yg  hadir tidak pada tempat & lorongnya. Cinta fatamorgana yg aku sendiri cipta. 

Aku mengimpikan cinta yang bagaimana sebenarnya? Bisik hati kecilku.

Terus ingatanku menyorot pada 20 tahun lepas semasa aku masih belajar di matriks. 

Aku jatuh cinta sesungguhnya kali pertama pada seseorang. Bukan cinta monyet, bukan cinta budak bangku sekolah. First real love.

Cinta yang sungguh suci pada pendapatku ketika itu. Sungguh murni. Asbab ku jatuh cinta pd sifatnya. Sgt lemah lembut sopan dan yang paling membuatku tertarik, sifat pemalu yang ada pada jejaka ini.

Dia sentiasa mengingatkan aku pada rabbku.. walaupun sudah 20 tahun berlalu, mengingati kisah cinta ini membuat dada ku sakit, 

Pada suaranya semasa menjadi imam tarawih. Ye, aku jatuh cinta. Pada tutur katanya...pada kelakuannya.

Hingga aku yg baru berumur 20 tahun ketika itu, nampak, Ya Allah, dia lah yg bakal jadi imamku. Nampak macam gatal dan terhegeh-hegeh tapi itulah hakikat perasaanku.

Kami bekerja bersama dalam Majlis Agama Islam Pelajar.

Sampai suatu ketika, aku tak boleh tengok wajahnya.

Semasa mesyuarat, aku bercakap sambil meletakkn wajahku di atas meja.

Dan aku banyak sebut perkataan gila ketika itu. Yang aku maksudkan aku boleh jadi gila dengan hanya memandang wajahnya. Tetapi tuan punya badan tak faham maksudku dan memberi nasihat, tolong jangan cakap lagi perkataan gila tu, x baik.

Teruk lamunan cintaku ketika itu. Pada sandaran apa aku alirkan cintaku pada jejaka itu, aku pun tak pasti. 

Dia mengingatkan aku pada Allah

Tapi dalam masa yang sama, aku dilambung ombak asmara keseorangan.

Zaman universiti ku, berbalas akhirnya cintaku.

Kadang-kadang dia menghubungiku melalui hp nokia versi lama.

Kadang-kadang aku menghubunginya.

Yang membuatku makin jatuh cinta adalah  Sifat pemalunya.

Sangat menjaga air muka seorang wanita. Ada suatu hari dia menghubungiku, aku belum bangun tidur tapi aku mengangkat jugak telefon itu. Dan dia dapat mengesan suaraku suara orang bangun tidur. Terus dia minta izin letak hp dan akan call kembali.

Perkara semacam tu mungkin nampak kecil, tapi akibatnya, cintaku pada dia makin bersemarak.

Tetapi, itulah yang dikatakan,

Bila cinta tak disandarkan sepenuhnya pada Rabbul Rahman Rabbur Rahim..

Aku selalu rasakan sampai ketika ini.

Itu sebab Allah jauhkah aku daripadanya.

Sebab dia jejaka suci pilihan Allah, sedangkan aku dara pingitan yang penuh dgn cinta makhluk.

Banyak lagi kisahku dengannya. Cukuplah sampai sini malam ini. 

Yang penting, pencarian cintaku masih berjalan.

Wahai diri, tak cukupkah dgn apa yang Allah beri pada mu, tak cukupkah kasih sayang keluarga, sahabat-sahabat, hingga masih ingin mencari cinta lain.

Apa yang kau harapkan pada Rabbmu? Apa kau penah berdoa. Astaghfirullah, sgt jarang tanganmu, menadah memohon ampun, betapa sombong diri ini, berpijak pada bumi,bersifat langit..

Ya Rabb, ampuni aku..

Salam sayang,
Tenangdamai.com


Comments

Popular posts from this blog

Hati Berbelah Bagi

DEPRESSION BUKAN GILA

Perbualan raw antara sakinah, salwa dan kakak safinaz